Adakah tapak tanganmu
berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu? Itu bukan
Cinta, itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada
di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya
kerana kamu tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu
mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari
hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu
senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara
kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun
saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? ITULAH
CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu
begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA!
No comments:
Post a Comment