Sunday, 13 May 2012

SI DIA


SEKIRANYA SI DIA SEORANG YANG SENTIASA SIBUK BEKERJA:

Memang tidak dinafikan, sesiapa yang menjadi kekasih bagi lelaki yang sibuk bekerja akan menjadi tertekan dan rimas. Apatah lagi, setiap kali anda mengajak si dia untuk keluar bersama, pasti alasan yang diberikannya ialah “I SIBUK NI, ADA KERJA YANG PERLU DISELESAIKAN, NANTI KITA KELUAR BERSAMA YA.” Sudah tentu hati akan berasa kecewa dan bosan dengannya. Malah, anda juga turut melihat kawan-kawan anda bahagia bersama pasangan masing-masing. Mungkin anda akan terfikir, “Kenapa teman lelakinya sempat meluangkan masa bersama sedangkan teman lelakinya pun bekerja.” 

Sebenarnya, bercinta dengan lelaki yang kuat bekerja ini memang memerlukan pengorbanan yang besar. Sekiranya anda tidak mampu bersabar, saya nasihatkan supaya anda bertindak awal kerana risau kemungkinan besar anda akan kecewa di kemudian hari. Satu sahaja yang perlu anda lakukan iaitu bersabar. Anda perlu bersyukur, sekurang-kurangnya anda tahu, si dia sibuk bekerja dan bukannya sibuk berfoya-foya. Sekurang-kurangnya masa depan anda bersamanya cerah kerana kewangannya yang stabil. Cuba untuk berfikiran positif. 

Lelaki suka sekiranya perempuan yang dicintainya dapat memahami dirinya. Anda boleh menghantar SMS kepadanya dan menyatakan perasaan rindu anda kepadanya. Percayalah, walau sesibuk mana pun si dia, si dia pasti akan membalas SMS anda. Saya rasa itu lebih baik daripada tiada sebarang perkhabaran daripadanya, bukan begitu? Perkara pertamayang perlu dilakukan ialah cuba untuk berfikiran positif. Kerana dalam percintaan, sikap saling percaya itu penting. Usah khuatir, sekiranya si dia menyayangi anda sama seperti anda menyayangi si dia, pasti hubungan kalian akan berkekalan. Cuma anda perlu bersabar.


RAJIN LAH SNGAT HUHUHU ......

No comments:

Post a Comment